dipanggil aku kehadapannya...
lalu aku dgn berdiri dgn megah..
terpanggil oleh pemimpin..
yg kusanjung kerana adilnya itu...
"kau tau apa itu perjuangan?"
dan aku yg masih mentah...
hanya menggeleng lesu x bermaya..
tunduk merendah diri...
hanya kerana ilmu x setinggi mana...
"xmengapa...dalam perjuangan...
hanya perlu satu...daya penipuan..
yang mantap berpura..."
katanya......sambil tersenyum...manis..
lalu dihimpun kan olehnya...
sejuta umat yang menyokong temberang
gerhana bulan adil katanya...
dan aku diberi tugas...
"kau hanya perlu mati"
katanya tegas...
"atau pura-pura mati"
tambahnya dalam tawa...
lalu aku bertanya
"apa perlunya aku mati?
apa faedahnya untuk bangsaku?"
tanyaku lagi dengan nada termangu...
dia hanya tersenyum...
lalu membalas...
"supaya senang aku bekerja..."
dalam nada serak suara ku bertanya lagi...
"apa kerjamu?"
dan dia berkata...dengan senyum paling hina...
"kerjaku memperbodohkan rakyat"
airmataku gugur...dibumi paling sayu ini...
.: singa garang berhati kaqca :.
katanya kau singa garang berhati kaca,
ReplyDeletelalu jangan-lah sewenangnya
kau biar air mata gugur ke bumi.
kerana itu bayu perjuangan telah bertiup,
kerana itu kita bangkit
dengan panji kuning kemenangan
diiring hujan rahmat Tuhan,
jangan kita menangis,
biar dia yang senyum hari ini
menangis di hari kemudian...
*gila DEEP tak? haaa...
singa garang ditarik bulu, bacul kerna tumpul taring nya.... arakian jatuh airmata itu panji kuning panji seteru! hujan rahmat membujur lalu genderang hancus politikus bacul.... bacul kerna diam mu itu... sempit sendat pemikiran ini... contoh melayu paling tinggi...
ReplyDeleteBukan bacul mainan singa.. singa asal siluman naga... panji kuning panji seteru panji hitam panji BERSATU.... pilihan hati mahu bersatu taat setia pada yang satu!! duduknya singa si nakhoda rimba menung berfikir mengimbal bicara... sekali bicara gerak dikota... mainan singa siluman naga...
ReplyDeletemaPieCeoFarT: bayu juang benar bertiup..
ReplyDeletebiar lembut jgn serabut..
biar bayu datang bersambut..
bersambut bukan dengan ribut..
tangis bukan tangis melulu..
tangis sayu dek ego melayu..
dua alam boleh bersatu..
kalau hormat pada yang satu..
P/s: diskusi ini semakin menarik!!! sila hantar komen anda lagi..
***biar bicara ini disambung hemah, agar tidak mengundang punah.. debat bicara mainan kata agar dirungkai simpulan nista. apa dikesah menang kalahnya.. nukilan cuma bincangan kata sang sahaya... biar diatas yang mengadil semua..=)
yang jantan duduk berfikir hina.... yang betina keringat buruan rusa... resam singa betina yg kerja.... raja rimba nakhoda mengawan pura... jgn diikut resam nya rimba..... maka celaka hidup dunia......... bersatu akan tidak pun jua...semua ketentuan hny dariNya!!
ReplyDeleteasal ketentuan dari usaha...jika berfikir dipandang hina... apakah tujuan diberi akal..?? apakah kita disuruh mengikut si dangkal... mengikut tidak berakal hidup ibarat bangkai... kalau jantan berfikir hina.... makanya ikutan engkau berasal mana...? juang biar kita bersama, gerak tari sama irama, BERSATU kita umat yang satu bertuan rumpun , bertuhan satu...
ReplyDeleteerrr... encik lambchop... bole bg link blog sebenar anda..? mcm xde la blog tersebut... sila letak link anda yg sebetul ya... salam kenal dari kami disini..=)
ReplyDeleteckup skdr di alam maya...tunggu kte menari sesama irama... hamba berasal selatan juga...hatta terlihat nukilan mu merobek jiwa....salam kenal dr hamba....mau berkicap wajah yg riah...=)
ReplyDelete......=)
ReplyDelete