saat aku meniti sepi..
jalan seorang di rimba duri..
kau kulihat melangkah longlai..
bersama sekeping hati..
datang kepadaku..
katamu..
"bawalah hati ini bersamamu"
"sebagai teman perjalananmu di rimba duri ini..."
lalau aku terima..
dengan hati bening kudus..
dari jiwa paling halus..
"ya..pegang janjiku.."jawabku senang..
lalu..
kusemat hati itu..
sebelanh dengan hati aku..
supaya ia boleh bersatu..
dalam gerak setiap hela nafasku ini..
kau?
hilang tinggalkan hati itu bersamaku..
dalam gelap malam..
ke sungai lumpur berair noda..
aku?
terus bersama hati..
yang kau tinggalkan bersamaku..
tinggal aku yang membelai..
tinggal aku yang menyemai..
benih kasih..
pohon sayang..
daun rindu..tanpa kau..
yang mengaku dewi hatiku..
sampai bilakah aku harus menjaganya..
untuk damai kita bersama..
kerana aku telah lelah..
menjaganya tanpa kamu..
..: singa garang berhati kaca :..
hati itu kita jaga kerana rasa itu masih ada...
ReplyDeletehati itu kita semai kerana kita masih tau menilai...
hati itu milik kita kalaupun bukan utk dikongsi dgn sesiapa...
oleh yg demikian, jgn pernah berhenti menjaga ia kerana kalau bukan kita yg menjaganya belum tentu ada yg sudi...
hahah. trime kasih. tp ini bkn tulisan ak. ini tulisan abg ak. en. singa garang.... heheh
ReplyDelete